3d rendering luxury bedroom suite in resort high rise hotel with working table

Apa itu siling kapur dan kegunaannya?

Apabila rumah baru ingin dibina, kebanyakkannya akan mencari siling kapur atau turut dikenali sebagai siling plaster, siling lepa, siling putih, siling cantik dan sebagainya. Apa yang menjadikannya pilihan ramai adalah kerana siling kapur dianggap siling yang boleh digunakan untuk pelbagai corak elemen sebagai dekorasi rumah.

Malah, siling kapur kini turut digunakan untuk pelbagai jenis bangunan seperti hotel, dan bangunan komersial lainnya. Kegunaan siling kapur ini sebenarnya dapat membantu mengurangkan suhu dalaman ruang sesebuah rumah atau bangunan akibat daripada kesan haba sinar cahaya matahari melalui bumbung / atap.

Selain itu, siling kapur dapat membantu menutup cela pada siling seperti pendawaian elektrik dan sistem perpaipan. Apa yang menariknya, siling kapur merupakan salah satu konsep reka bentuk yang dapat menghasilkan kesan-kesan pencahayaan yang berbeza dan secara tidak langsung menaikkan seri / visual ruangan anda.

Seterusya, siling kapur turut mempunyai daya rintangan api yang tinggi dimana bahannya diperbuat daripada bahan yang mengandungi sedikit unsur air (gipsum) yang kalis api.Ini dapat membantu mengurangkan risiko kebakaran akibat masalah pendawaian elektrik.

Untuk pengetahuan, siling kapur juga sebenarnya turut menjadikan sesuatu ruangan lebih senyap, disamping mempunyai ciri-ciri anti dan kalis anai-anai. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan rumah atau bangunan anda mudah untuk dijaga dan tahap ketahanan lebih kukuh yang membantu menjimatkan wang anda untuk jangka masa yang lama.

Dengan ini, penggunaan siling kapur dapat membuatkan pengaliran udara dari pendingin hawa menjadi lebih efisyen dimana ruang isipadu bilik dikurangkan, maka pendingin hawa anda akan menyejukkan ruangan dengan lebih pantas sekaligus mengurangkan kos penggunaan tenaga.

Oleh itu, apa tunggu lagi! Berminat untuk menggunakan servis Rezeki Melimpah Sdn Bhd? Hubungi kami bagi mengetahui harga untuk servis yang anda mahukan. Kami sediakan sebut harga percuma untuk anda!

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *