Servis

Home » Servis

Servis Kami

Murah, Berkualiti dan Cepat

Tumpuan utama perniagaan kami adalah kerja-kerja memasang, membekal dan menjual siling, memasang wainscoting serta membekal cat. Penglibatan kami dalam servis pemasangan siling telah disambut baik oleh pelanggan kami di Terengganu.

Servis Utama

Pemasangan Siling

Salah satu servis utama di Rezeki Melimpah ialah pemasangan siling dan ini telah menjadi trend rumah moden sekarang.

Siling merupakan salah satu dari komponen bangunan yang bertindak sebagai kemasan dalaman yang boleh menampilkan gaya ruang yang menarik. Binaannya dari pelbagai reka bentuk dan bahan yang terkini mampu menambah pemandangan yang lebih elegan dan berupaya mendefinisikan fungsi sesuatu ruang dalaman.

Rezeki Melimpah Sdn Bhd merupakan pembekal utama Siling di Terengganu dan terdapat beberapa jenis siling kami bekalkan di sini, antaranya ialah :
● Siling kapur
● Mini8
● Siling Gantung

Selain itu, kami juga melakukan servis pemasangan Siling Kapur di seluruh negeri Terengganu. Kami mempunyai pelbagai reka bentuk yang moden dan efisyen sesuai dengan kehendak pelanggan masa kini antaranya ialah:
● Siling 1 lapis @ 2 lapis
● Design l.box
● Desing Panel
● Design ctwood

Tidak kira apa yang anda mahukan, kami akan realisasikan impian anda menjadi kenyataan.

image-pemasangan-siling-1
image-pemasangan-siling-2A-New

Kelebihan Siling Kapur

  • Menampilkan ruang dalaman yang lebih kemas

  • Menyembunyikan elemen seperti saluran elektrik, penghawa dingin, pembesar suara, perenjis air ketika kebakaran dan sebagainya.

  • Siling boleh dijadikan permukaan penyerapan bunyi tetapi tidak mempunyai penebat bunyi yang baik

  • Menjadi penebat terhadap panas dari luar seterusnya mengurangkan suhu panas dalam bangunan.

  • Menutupi keseluruhan bawah struktur bumbung atau bawah lantai tingkat atas atau sebarang ruang yang diperlukan.

  • Mengurangkan suhu ruang dalaman disebabkan pancaran matahari daripada bumbung

  • Menghiasi ruang atas dalaman bangunan terutama bagi jenis siling yang boleh dibina dari pelbagai corak dan stail serta mampu menampil gaya yang lebih elegan.

image-wall-wainscoting-1
image-wall-wainscoting-2

Servis Lain

Wall Wainscoting

Wainscoting ialah elemen reka bentuk yang boleh anda pasang pada mana- mana ruang di rumah, pejabat dan banyak lagi bagi kelihatan mewah, menarik dan cantik. wainscoting bukan sahaja meningkatkan penampilan estetik bilik, ia juga boleh menambah nilai pada rumah.

Di Rezeki Melimpah Sdn Bhd, kami membekal dan memasang Wainscotting jenis kapur untuk anda kerana kos bagi wainscotting jenis kapur ini jauh lebih murah berbanding jenis yang lain seperti kayu, PVC dan lain-lain. Selain itu, Wainscoting jenis kapur ni lebih senang dibentuk serta kerja-kerja finishing lebih kemas serta memberi kesan yang lebih cantik dan mewah.

Mencari sesuatu yang berbeza selain daripada cat dinding biasa untuk menyerikan reka bentuk dinding anda? Cuba Wainscoting daripada kami untuk memberikan dinding anda rupa baharu, cantik dan mewah!!

Servis Lain

Pembekal Cat Jotun

Kami merupakan pembekal cat jotun di Kuala Terengganu. Pelbagai jenis warna dan jenis cat yang anda boleh dapatkan di Rezeki Melimpah.

Kualiti cat yang bagus adalah jaminan daripada kami kepada anda. Pemilihan kombinasi warna daripada cat Jotun semestinya membuatkan ruang rumah kediaman anda lebih cantik dan tenang.

image-pembekal-cat-jotun-2

rezeki melimpah sdn bhd

Kelebihan Cat Jotun

Cat Jotun yang memberi perlindungan daripada cuaca dan anti alga serta kulat.

majestic true beauty

Dinding lebih licin, lebih senang untuk dibersihkan

Boleh didapati dalam ‘Sheen’ dan ‘Matt’

essence cover plus

Penutupan yang baik dengan hanya 2 lapisan

Boleh didapati dalam ‘Sheen’ dan ‘Matt’

Sebut Harga Percuma?

Ingin mengetahui harga bagi servis yang anda pilih? Kami sediakan sebut harga percuma untuk anda! Sila tekan link di bawah.